KHIDMAT SOKONGAN ( part ii)
A.Pelaksanaan pelbagai jenis
pengubahsuaian
1. Persekitaran
# Guru pendidikan khas perlu
menggunakan kreativiti untuk mengubahsuai kelas menjadi menarik, kondusif untuk
belajar dan mewujudkan persekitaran di dalam kelas yang dapat menarik minat
murid berkeperluan khas datang ke sekolah.
# Disebabkan masa persekolahan
antara pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi sekolah rendah dan 7.30
pagi hingga 1.15 petang bagi murid menengah bersama guru dengan murid di
sekoalh. Maka boleh dikatakan, kelas menjadi tempat atau rumah kedua bagi murid
sekolah semasa sesi persekolahan.
# Oleh itu, pengurusan dan
pengelolaan kelas perlu berjalan dengan kemas, baik, dan selesa untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
efektif.
2. Pengujian
# Pentaksiran didefinisikan suatu
proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau
atribut yang diperoleh seseorang individu. Pada asasnya pentaksiran merupakan
suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian,
pemerolehan, dan pentaksiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan pada sesuatu objektif pendidikan.
Pengujian merupakan bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan
khususnya dalam bidang pendidikan khas. Contoh pengujian dalam pendidikan khas
termasuklah disleksia. Melalui pengujian ini masalah yang dihadapi oleh
seseorang murid disleksia itu dapat dikenal pasti daripada maklumat yang
dikumpulkan melalui pengujian. Berikut
merupakan kategori dan jenis pentaksiran:
ISTILAH
|
MAKSUD
|
Ujian standard
atau formal
|
-telah siap
dibina
-mempunyai
skor yang boleh dicapai oleh murid-murid dan guru untuk perbandingan prestasi
|
Ujian tidak
formal
|
-Bila-bila
masa
-Individu @
kumpulan
|
Ujian kumpulan
|
-Ada dalam
bentuk formal atau tidak formal
-Semasa proses
PnP
|
Ujian individu
|
-Soalan dibina
oleh guru
-Secara
individu dalam proses PnP
|
Ujian
berdasarkan kumpulan
|
- UPSR, PMR,
SPM, dan STPM
-Berdasarkan
kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah
|
Ujian formatif
|
- Untuk
mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran
diajarkan
-Dijalankan
dengan kerap
|
Ujian sumatif
|
-Untuk
merumuskan pencapaian murid setelah satu unit pengajaran dijalankan
-Diberikan
gred
|
Ujian saringan
|
- Untuk
mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi masalah pembelajaran
-Murid normal
juga termasuk jika perlu
|
Ujian
diagnostik
|
- Untuk
mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang murid hadapi.
|
Ujian ‘speed’
|
-Perlu
dihabiskan dalam masa yang agak terhad
|
Ujian ‘power’
|
-Kekuatan
murid menguasai sesuatu kemahiran, ingatan tentang topik yang sudah
dipelajari
- Ambil masa
yang agak lama
|
3. Pembelajaran dan pengajaran
# Strategi dan teknik ialah
kebolehan guru untuk menyusun, merancang dan menguruskan pengajaran dan
pembelajaran supaya murid mendapat hasil pembelajaran yang baik dan semaksimum
mungkin.
# Berikut merupakan teknik dan
strategi yang boleh dilakukan :
TEKNIK
|
HURAIAN
|
Pemusatan
kepada murid
|
-murid
bergerak aktif dan memainkan peranan yang penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
-Biasanya
dapat dilihat dikelas murid yang lambat perkembangan.
|
Pemusatan
kepada guru
|
-Guru
yang banyak memainkan peranan.
-Murid
mendengar dan agak pasif.
-Guru
dan pembantu pengurusan murid terpaksa bekerja lebih kuat.
|
Dua
hala
|
Teknik
yang bersifat demokrasi
Guru
mengajar murid belajar
|
Berpusatkan
bahan bantu mengajar
|
-Memerlukan
guru menggunakan banyak bahan bantu mengajar
-Dapat
merangsang minda murid dan membantu meningkatkan interaksi murid dan guru
|
# Terdapat banyak isu yang timbul
dalam pelaksanaan pengubahsuaian dalam pendidikan khas. Contohnya, isu yang
timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah
metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru. Terdapat segelintir
guru yang tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang menjamin
kejayaan aktiviti akademiknya. Kesannya wujud guru yang tidak mahu meningkatkan
ilmun dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran.
Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah.
Selain
itu, wujud isu mengenai penggunaan kekerasan dalam proses pnp terhadap
murid-murid berkeperluan khas. Hal ini tidak boleh diambil sikap acuh tak acuh
kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak
mendengar kata. Kebiasaannya murid berkeperluan khas ini ditakutkan dengan rotan
dan mereka turut dipukul.
Kesimpulannya
sebagai guru pendidikan khas, para pendidik perlulah menjaga kemarahan dan
tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka walaupun dengan tujuan untuk
mendidik.
1. Interversi awal
=Interversi awal merupakan satu
proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan
dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran.
=Perkhidmatan atau program intervensi awal yang
disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang
berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal,
kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas,
Cooley & De Pijem
2001)
=Terdapat
pelbagai terapi atau perkhidmatan melalui interversi awal ini termasuklah terapi cara kerja, terapi fisio, terapi
pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga.
-Contoh
terapi:
Terapi Fisio
|
Mengurut, terapi hidro, penyejukan dan pemanasan,
manipulasi
|
Terapi cara kerja
|
Latihan pravokasional, latihan berkaitan dengan
kemahiran hidup dan lain-lain.
|
Terapi seni
|
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial,
dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran, rangsang murid bergerak secara
positif terhadap sesuatu kemahiran dan sebagainya.
|
=
Di Malaysia program interversi awal ini disediakan kepada kanak-kanak yang
bekeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun.
=
Terdapat banyak pendapat yang dikemukakan tentang kepentingan pelaksanaa
interversi awal. Antaranya, Wolfendale
(1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama, intervensi
awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya
menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan
mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat
adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan.
Terapi seni |
Terapi hidro |
=
Sebagai guru pendidikan khas, guru perlulah lebih kreatif dan inovatif kerana
bahan bantu mengajar dan peralatan yang menarik dan berwarna mudah difahami
murid, malah menarik minat murid untuk turut melibatkan diri dengan aktif dalam
kelas.
=Guru
pendidikan khas perlulah sedar bahawa murid bekeperluan khas ini lebih berminat
dengan bahan dan peralatan yang berwarna warni dan maujud.
=Kebiasaannya
pihak sekolah akan menyediakan peralatan yang bersaiz besar dan tidak mudah
pecah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengarajaran di dalam kelas dan
untuk menjaga keselamatan murid.
=Contoh
peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pendidikan khas seperti
berikut:
Alatan
|
Huraian
|
Mobil
|
-digantung dan
dipamerkan
|
Bahan
peralatan matapelajaran bahasa Melayu dan Matematik
|
-kad huruf,
kad nombor, kad perkataan dan kad bacaan
-peralatan
untuk mengiran wang dan nombor
-peralatan
tambahan untuk pengajaran Matematik
|
Bahan
peralatan Seni
|
- peralatan
seni, (hasil kerja tangan dan bahan lukisan )
-bahan lain, (
kertas lukisan kertas warna, apron, bahan untuk mural dan lain-lain)
|
Peralatan
muzik
|
-radio, kaset
dan tamborin
-VCD, DVD dan
televisyen
|
Peralatan pendidikan
Jasmani
|
-bilik multi
sensor
|
3. Kepakaran
- Kelayakan dan latihan
diperlukan oleh semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas untuk
memastikan corak pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak
istimewa.
4.Prasarana
# Untuk menentukan keberkesanan
Pelan Pembangunan Individu(PPI) di sekolah prasarana yang lengkap adalah
penting. Berikut merupakan aspek prasarana :
4.1) Aspek fizikal kelas
MBK menggunakan sepenuhnya
prasarana kelas bersama-sama murid arus perdana. Tetapi perlu juga melakukan
pengubahsuaian terhadap:
i.
Penyediaan meja atau
kerusi
ii.
Kedudukan kelas di
aras bawah bagi memberi kemudahan MBK yang berkerusi roda.
4.2) Aspek fizikal sekolah
Persekitaran sekolah yang mesra
OKU dan selamat adalah penting bagi memudahkan pergerakan MBK. Antara kemudahan
mesra OKU yang perlu disediakan adalah :
i. Susur landai
ii. Susur tangan
iii. Tandas OKU
iv. Parkir OKU
4.3) Peralatan khusus
Pihak sekolah memastikan
peralatan khusus mengikut keperluan MBK disediakan bagi membantu pembelajaran.
Contohnya :
I. Mesin braille
II. Kanta pembesar
III. Kerusi roda
IV. Doktor speech
= Pihak kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan bagi pendidikan termasuklah pendidikan khas.
Contohnya,
i. Pendaftaran dan
kad kenal diri- bertujuan untuk memudahkan mereka berurusan dengan pelbagai
pihak da agensi
ii. Bantuan alat
tiruan/otortik - membantu untuk membeli peralatan tiruan/sokongan seperti
kerusi roda, anggota tiruan dan lain-lain yang tidak mampu dibeli oleh murid
berkeperluan khas.
iii. Kemudahan
pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan menyediakan keas
khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa.
-mengecualikan
bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang
mengikut latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan
Kementerian Pendidikan. Mereka juga akan diberi elaun jika berjaya masuk.
iv. Kemudahan
pengangkutan awam - Contohnya Mas yang memberi tambang yang murah.
6. Isu dan trenda
Dalam pendidikan
khas wujud isu yang berkaitan dengan guru, iaitu isu kekurangan guru khas
terlatih. Menyebabkan kerajaan terpaksa menerima masuk permohonan guru aliran
perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Hal ini pasti akan mengakibatkan
pertentangan kaedah pengajaran terhadap murid berkeperluan khas kerana guru
aliran perdana mereka tidak diberi pendedahan pengajaran murid berkeperluan
khas secara formal. Kesannya guru dan murid akan mengalami tekanan semasa
proses pnp.
Selain itu,
semasa pemilihan guru berlaku ketidaktelusan semasa temuduga menyebabkan
masalah untuk mendidik murid berkeperluan khas. Hal ini kerana, kemungkinan
bakal guru yang dipilih bukanlah betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas
kelak. Kesannya murid-murid akan terabai dan mendorong masalah lain seperti
masalah keciciran dan sosial. Tambahan lagi, wujud isu Guru Sandaran Tidak
Terlatih dalam kalangan pendidik dan golongan akademik yang lain.
Kesan terhadap
murid berkeperluan khas sekiranya mendapat pembelajaran daripada guru tidak
terlatih menyebabkan berlaku kepincangan dan kelemahan dalam mendidik
murid-murid. Hal ini kerana, kurangnya pengetahuan mengenai murid berkeperluan
khas.
BIBLIOGRAFI
Dicapai pada 8 Ogos 2018 daripada, https://www.scribd.com/doc/22848672/PENGURUSAN-PENDIDIKAN-KHAS-DI-MALAYSIA-DI-LUAR-NEGARA
Liew Pang Yee, & Manisah Mohd Ali. (2008). Amalan program interversi awal kanak-kanak mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan, 33:20 & 21
Garis panduan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas. (2013). (t.p). Dicapai pada 9 Ogos 2018, daripada https://moe.gov.my/images/Bahagian-pendidikan-khas/Program-Pendidikan-Inklusif/circularfile_file_001162.pdf
Noor Aini Ahmad, & Zamri Mahamod. (2015). Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran bahasa Malaysia bagi murid masalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 40(1):64, 65 & 66.
Ramlan Salim. (2015). Pengurusan pendidikan khas masalah pembelajaran. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.
Dicapai pada 8 Ogos 2018 daripada, https://www.scribd.com/doc/22848672/PENGURUSAN-PENDIDIKAN-KHAS-DI-MALAYSIA-DI-LUAR-NEGARA
Liew Pang Yee, & Manisah Mohd Ali. (2008). Amalan program interversi awal kanak-kanak mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan, 33:20 & 21
Garis panduan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas. (2013). (t.p). Dicapai pada 9 Ogos 2018, daripada https://moe.gov.my/images/Bahagian-pendidikan-khas/Program-Pendidikan-Inklusif/circularfile_file_001162.pdf
Noor Aini Ahmad, & Zamri Mahamod. (2015). Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran bahasa Malaysia bagi murid masalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 40(1):64, 65 & 66.
Rosida Ida. (2013). Isu-isu pendidikan khas. Dicapai pada 8 Ogos 2018, daripada https://https:/khas/www.slideshare.net/rosidaida9/isu-isu-pendidikan-
url =http://web.usm.my/beru/PerkhidmatanPage.htm
Zainal Kassan, & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan disleksia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Comments
Post a Comment