Khidmat sokongan
Maksud khidmat sokongan
Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsgsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. (Cook & Friend,1991)

https://scholar.google.com/scholar?hl=en&q=cook+%26+friend+1991&as_sdt=0#d=gs_qabs&p=&u=%23p%3D0dZGqT6qwowJ

Maksud kolaboratif
Menurut kamus dewan edisi keempat (2007:805), kolaboratif bermaksud erat ( dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih).

Dalam proses kolaborasi ini, kumpulan pelbagai disiplin (multidisciplinary team) memainkan peranan yang sangat penting.





Peranan ibu bapa dan keluarga

walaupun apapun kekurangan atau kelebihan yang dimilik oleh seseorang anak itu, ibu bapa tetap bertanggungjawab memastikan perkembangan sosial, emosi, linguistik dan kognitif kanak-kanak dipupuk ( Moores,2001 : Jackson,2002).
·         Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar perubatan menaksir kategori murid berkeperluan khas
·         Penerimaan ibu bapa terhadap anak-anak yang dikategorikan sebagai murid bekeperluan pendidikan khas.
·         mempunyai kesedaran tentang perkembangan anak mereka
·         mengetahui saluran yang terbaik untuk membesarkan dan membantu anak berkeperluan khas.
·         mengikuti perkembangan semasa anak mereka serta perkembangan tentang program pendidikan khas
·         menghantar anak berkeperluan khas mereka untuk menerima pendidikan, rawatan perubatan dan segala program intervensi
·         Ibu bapa murid Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan, turut hadir ke sekolah untuk melihat pencapaian anak mereka
·         Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada murid bekeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan. Ahli-ahli sosiologi telah mendapati bahawa dengan sokongan tinggi daripada keluarga, murid-murid akan mencapai tahap prestasi yang tinggi (Seginer, 1983).


Peranan guru biasa

·         Melibatkan diri dalam menjayakan program pendidikan inklusif
·         Sentiasa memberi info kepada ibu bapa mengenai pendidikan murid bekeperluan khas yang menyertai program inklusif
·         Berperanan seperti guru pendidikan khas iaitu memberi bimbingan kepada murid bekeperluan khas (program pendidikan Inklusif) dalam pembelajarannya.


Peranan kementerian dan agensi kerajaan


--Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Khas)

  •          Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan menengah
  •          Menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas
  •          Merancang dan penyelaras pengoperasian dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas.
  •         Mempertingkat kemudahan infrastruktur, peralatan khas, bahan pembelajaran dan pengajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan releven bagi murid berkeperluan khas.
  •          Mempertingkat kualiti dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran Bahagian dan Program Pendidikan Khas.
  •          Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dilaksanakan melalui :
-------Program Pendidikan Khas Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah). Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. 1.1.2. Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan menengah Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan.

·          Seterusnya Bajet 2005 memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanak­-kanak kurang upaya yang di Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.


-- KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
·         Pembiayaan Bantuan Kewangan
·         Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka Malaysia
-- KEMENTERIAN KEWANGAN/ LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
Ø  --PELEPASAN CUKAI
·          Pelepasan Cukai Pendapatan bagi Anak Kurang Upaya yang Belajar di IPT.
·          Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan OKU sebanyak RM3500.
(Laman Web: http://e.hasil.org.my)
·          Pengecualian Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU
·          Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya







Peranan agensi bukan kerajaan (NGO)

 TASPUTRA  (  http://tasputra.com/about/ )

 berperanan memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal. c.

NURY

satu pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya. NURY memainkan peranan dalam memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi melahirkan anak-anak cemerlang. Ia juga turut mengadakan program UTERO iaitu rangsangan janin dalam kandungan serta kursus pengasas untuk program NURY.

Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM)


 menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (https://www.kdsf.org.my/)

Pusat ini merupakan salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membantu murid-murid down syndrome mendapat pelajaran serta latihan kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. 

Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM)

Rumah Orang Cacat

Malaysian Care

 Malaysia Care telah mewujudkan Pusat Taman Asuhan bagi murid-murid cacat pendengaran di sekolah-sekolah khas. Mereka dibantu oleh guru-guru dari Sekolah Wisma Harapan,Brickfields,Kuala Lumpur.

 Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan

Pusat ini ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak terencat akal. Program pusat ini adalah berdasarkan program perkhidmatan sekolah khas yang berperanan melatih murid-murid menjadi orang berdikari dan menyumbang kepada Negara dengan menerusi rancangan pengajaran dan pembalajaran yang sistematik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

NASOM ( Persatuan Austima Kebangsaan Malaysia)

berperanan mangesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak austime. NASOM juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada ibu bapa, para profesional dan orang ramai. 

Peranan individu/pakar





 Peranan komuniti





Isu dan trenda





Kebanyakan isu yang melibatkan orang-orang kurang upaya (OKU) ialah sikap sesetengah  ibu bapa yang tidak sanggup untuk menjaga anak mereka. Mereka berasa terbeban sehingga sanggup mencederakan dan membunuh anak mereka sendiri. Perasaan stress yang dialami mereka telah mempengaruhi fikiran tindakan mereka.





Isu seterusnya ialah sikap sesetengah masyarakat yang acuh tak acuh terhadap peranan setiap masyarakat dalam membantu golongan bekeperluan khas atau orang kurang upaya. Masyarakat tidak sedar bahawa golongan kurang upaya sangat memerlukan sokongan mereka.
Masyarakat sepatutnya lebih cakna dalam memberikan khidmat sokongan bagi golongan kurang upaya ini seperti selalu berhubung dan berinteraksi dengan mereka, jangan meminggirkan mereka, menyokong program berkaitan golongan OKU dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada mana-mana pertubuhan berkaitan  OKU yang telah diiktiraf.  Kata-kata kasar atau berbentuk cemuhan turut menghilangkan dan melemahkan keyakinan golongan OKU. Masyarakat sepatutnya memberi kata-kata semangat kepada golongan tersebut untuk lebih yakin dalam meneruskan kehidupan mereka.


BIBILIOGRAFI

Amirul Awaludin. (2017, November 2). Warga Emas Jerut Anak OKU hingga Mati. Astro   Awani Online. Diambil daripada http://www.utusan.com.my/berita/wilayahpulau-  pinang/perkenal-budaya-sistem-pendidikan-khas-1.710291

Definisi dan konsepKhidmat Sokongan (Kolaborasidalam Pendidikan Khas. (t.t & t.p). Dicapai pada 7 Ogos 2018,   daripada https://edoc.site/queue/peranan-ngo-pdf-free.html

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (t.t & t.p). Dicapai pada 8 Ogos 2018, daripada             http://www.jkm.gov.my/

Kementerian Pendidikan Malaysia:Bahagian Pendidikan Khas. (t.t & t.p). Dicapai pada 8 Ogos   2018, daripada https://moe.gov.my/index.php/my/korporat/jabatan-dan-  bahagian/bahagian-pendidikan-khas

Izwan Shafiq Isa(2018, Julai 17). Perkenal BudayaSistem Pendidikan KhasUtusan Online.Diambil daripada   http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/perkenal-

Muhammad Faris Zaidi. (2018, Juanuari 29). Memelihara Hak Orang Kurang UpayaUtusanOnline. Diambil daripada http://www.utusan.com.my /rencana/utama/memelihara-hak-orang-kurang-upaya-1.599110budaya-sistem-pendidikan-khas-1.710291

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2007). Kamus Dewan. (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ranjini a/p Supramoney & Wan Kamsiah Wan Mokhtar. (t.t). Dicapai pada 8 Ogos 2018,     diterima daripada http://pendidikankhaskbk6014.yolasite.com/resources/   Peranan%20Multidisiplin....pdf

Richard M. Gargiulo. (2003). Special Education in Contemporary society ( an Introduction to Exceptionality ). Birmingham: Wadsworth/ Thompson Learning.

Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman & Manisah Mohd Ali. (2008). Faktor Ibu   Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif.   Universiti Kebangsaan Malaysia. 5, 79-94. Diterima daripada http://mjli.uum.edu.my/images/pdf/5mjli/mjli55.pdf

Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. (2018, Julai 19). Dr. Maszlee Janji Perkasakan Pendidikan Khas. Sinar Online. Diambil daripada   http://www.sinarharian.com.my/nasional/dr-maszlee-janji-perkasakan-pendidikan-khas-1.858212

Comments

Popular posts from this blog