BAB 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Masalah Komunikasi Dan Bahasa

Definisi

- Menurut Abdullah, Dewan Bahasa (2006:50), mengkaji bahasa warga pekak di Amerika. Mereka bersependapat mengatakan bahawa bahasa isyarat yang digunakan oleh Warga Pekak ialah bahasa yang setanding dengan bahasa lisan yang lain.
- Menurut Abdullah, Dewan Bahasa (2006:50), warga pekak adalah satu komuniti dalam masyarakat Malaysia, yang kebanyakan ahlinya menggunakan bahasa bukan bentuk pertuturan semasa berkomunikasi.

Ciri-ciri

- Mereka tidak yakin terhadap diri mereka.
- Mereka gagap apabila ingin bercakap.
- Mereka menggunakan isyarat untuk memberitahu sesuatu.
- Mereka memerhati gerak bibir apabila berinteraksi dengan orang.
- Mereka tidak suka berbual-bual dengan orang kerana terdapat masalah mana-mana tidak boleh memahami.

Golongan
- Menurut Abdullah, Dewan Bahasa (2006: 51), golongan yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Kaum yang paling ramai adalah Melayu, diikuti dengan kaum Cina, Kaum India, dan lain-lain.
- Komuniti dan bahasa mereka dilihat sebagai kumpulan yang memiliki kecacatan, bukannya sebagai komuniti yang menggunakan bahasa dan mengamalkan budaya sendiri.

Keperluan

- Pengajaran dan pembelajaran yang dibuat di sekolah mestilah berdasarkan kapisiti murid yang terdapat di dalam kelas.
- Guru haruslah menyediakan bahan pembelajaran yang boleh memotivasikan pembelajaran bahasa antara murid.
- Ahli keluarga tidak seharusnya mengabaikan golongan sebegini, sebaliknya mencari masa untuk berkomunikasi dengan mereka supaya tidak dipinggirkan.



Pintar Cerdas





Definisi


- Menurut Hasan dalam buku Susan (2007:3), kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat untuk menghasilkan sesuatu idea.
- Mereka tergolong dalam kategori ketidakupayaan masalah pembelajaran iaitu gifted and talented.

Ciri-ciri

- Mempunyai perasaan curiga dan naluri ingin tahu yang amat tinggi. Ini menyebabkan mereka suka bertanya.
- Kita bertanya, mereka lebih berminat untuk mendapatkan jawapan baru.
- Mempunyai idea-idea baru yang amat kreatif dan kadangkala dianggap kreatif.
- Suka mencuba terutamanya mencuba perkara yang orang lain menganggapnya sukar.
- Mereka sangat kreatif kerana berkeupayaan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu.

Golongan

- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pelajar pintar dan cerdas mempunyai pengetahuan yang luas dalam kosa kata, mempunyai kelebihan dalam menguasai cara menjawab soalan karangan dan memberikan contoh ungkapan menarik ialah sebanyak 80%.


Keperluan

- Semasa di dalam kandungan, pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam.
-Selepas dilahirkan, ibu haruslah sentiasa bercakap-cakap dengan bayi untuk memperkenalkan asas bahasa.
- Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang untuk membolehkan anak-anak membesar dengan terkawal dan sempurna.



Autism Spectrum Disorder








Definisi

- Menurut Eugene (1912:9), satu perwatakan yang mana boleh dijumpai pada kebanyakan pesakit schizophrenia (penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseoran (persepsi) pada gambaran alam sebenar (realiti)).
- Menurut (Leo, 1943:9), menerangkan sebagai ‘klasik’ autism. Beliau menekankan dua watak utama :
Ø  Kesopanan melampau daripada kanak-kanak.
Ø  Kesamaan melampau untuk ‘pemeliharaan kesamaan’.

Ciri-ciri

- Mereka tidak respon apabila dipanggil.
Ø  Hal ini kerana mereka susah untuk bersosial dengan orang sekeliling.
- Kurang senyum
Ø  Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.


Golongan

- Purata kanak-kanak di sekolah rendah antara dua sehingga empat orang.
- Purata kanak-kanak di sekolah menengah antara sepuluh sehingga dua belas orang.


Keperluan

- Keperluan terhadap keselesaan fizikal
Ø  Hiposensitif (hipo bermaksud rendah) untuk menenangkan atau mengalami ketidakselesaan fizikal, seolah-olah memenuhi keperluan ini dengan mudah.
Ø  Hipersensitif (hiper bermaksud tinggi) sukar untuk memastikan diet yang seimbang.
- Keperluan untuk berasa selamat
Ø  Mereka mungkin tidak takut bahaya fizikal, jadi risiko untuk mereka melakukan kecederaan ke atas diri sendiri sangat tinggi.







ISU DAN TRENDA



Kecacatan Pelbagai




Definisi

- Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan dalam satu masa yang sama. Contohya, seorang kanak-kanak mengalami masalah pendengaran, pada masa yang sama , dia juga mengalami masalah penglihatan.

Ciri-ciri

- Menurut Mohd Sharani (2006), kecacatan kanak-kanak berlaku akibat daripada baka.
- Contohnya jika salah seorang ibu dan bapa mempunyai baka kecacatan maka peluang anak mendapat kecacatan adalah 50%.
- Bagaimanapun jika pasangan normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan mendapat anak cacat 25%, 50% menjadi pembawa manakala 50% mungkin normal.

Pelabelan

-Pelabelan atau dikenali sebagai program integrasi, menempatkan murid berkeperluan pendidikan khas dengan murid normal di kelas yang berbeza, tetapi di sekolah yang sama.



Pendidikan Inklusif



- Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, “Program Pendidikan Inklusif” merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Kurikulum yang berorientasikan kerjaya



- Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, KSSM Pendidikan Khas menyediakan ruang dan peluang untuk MBK yang berkeupayaan mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran vokasional. Bagi mencapai tujuan ini, dua kumpulan mata pelajaran disediakan iaitu mata pelajaran teras dan kemahiran vokasional.
- Penyediaan kurikulum mata pelajaran kemahiran vokasional spesifik adalah berpandukan National Occupation Skills Standards (NOSS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar MBK turut mendapat pengiktirafan dari agensi luar di samping pensijilan oleh KPM, dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran MBK.


Penekanan Kepada Peranan Ibu Bapa



- Ibu bapa haruslah menghantar anak ke sekolah pendidikan khas supaya anak tersebut mendapat pendidikan yang sewajarnya.
- Ibu bapa haruslah memberitahu kepada guru di sekolah tentang cara yang paling berkesan untuk mengajar anak .
- Ibu bapa mestilah menjadi teman kepada anak-anak dan sentiasa memberikan kasih sayang yang secukupnya.
- Ibu bapa juga haruslah mempraktikkan kepada anak-anak sikap bergaul dengan orang supaya mereka dapat hidup berdikari dan berani berkomunikasi dengan orang sekeliling.



Objektif blog ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pembaca mengenai beberapa kategori dalam pendidikan khas.
Tumpuan topik yang dipaparkan dalam blog ini adalah
l  Masalah Komunikasi dan Bahasa
- Definisi
- Ciri-ciri
- Golongan
- Keperluan

l  Pintar Cerdas
- Definisi
- Ciri-ciri
- Golongan
- Keperluan

l  Autism Spectrum Disorder
- Definisi
- Ciri-ciri
- Golongan
- Keperluan
Blog ini juga memaparkan beberapa gambar individu yang mengalami ketidakupayaan dalam kategori pendidikan khas.










Comments

Popular posts from this blog